Monday , 23 December 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Jentera BN Perlu Teruskan Gerak Kerja Hingga Kempen Berakhir
Politik

PRK Nenggiri: Jentera BN Perlu Teruskan Gerak Kerja Hingga Kempen Berakhir

PRK Nenggiri: Jentera BN Perlu Teruskan Gerak Kerja Hingga Kempen Berakhir

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) meninjau kemajuan kerja fizikal pembaikan cerun jalan negeri di Seksyen 5.8 yang telah mencapai 75 peratus dekat Kampung Limau Kasturi hari ini.

GUA MUSANG, 15 Ogos (Livevartha) — Berbaki kurang 48 jam, jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malamesok.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setiap pengundi di DUN itu perlu sentiasa dibantu dan disantuni termasuk pada hari mengundi Sabtu ini.

"Alhamdulillahsemua berlangsung (kempen) dalam keadaan aman, menunjukkan kematangan demokrasi di negara ini .

"Sepanjang pengalaman saya menyertai kempen PRK sejak tahun 90-an, PRK DUN Nenggiri antara paling harmoni," katanyakepada pemberita selepas meninjau kemajuan kerja fizikalpembaikan cerun di Seksyen 5.8 dekat Kampung Limau Kasturidi sini hari ini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail mewakili PAS.

Kerusi DUN itu kosong berikutan pengumuman Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutanbekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...