Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Jentera BN Akan Perjelas Isu Subsidi Diesel, Elak Fitnah Pembangkang – Ahmad Zahid
Politik

PRK Nenggiri: Jentera BN Akan Perjelas Isu Subsidi Diesel, Elak Fitnah Pembangkang – Ahmad Zahid

PRK Nenggiri: Jentera BN Akan Perjelas Isu Subsidi Diesel, Elak Fitnah Pembangkang – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan kepada masyarat orang asli ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis,Pos Bihai,Pos Belatim,Pos Balar, Pos Hau dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6 Nenggiri, di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis.

GUA MUSANG, 30 Julai (Livevartha) –Sebarang fitnah dan tohmahan pihak pembangkang ke atas kerajaan berhubung isu subsidi diesel akan diperjelaskan oleh jentera Barisan Nasional (BN) sewaktukempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.

Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau percaya pada PRK DUN Nenggiri nanti pembangkang akan sentiasa menggunakan isu yang sama seperti yang dibangkitkan mereka dalam kempen pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum ini.

"Bagaimanapun saya melihat masyarakat di Gua Musang terutamanya masyarakat Orang Asli cukup rasional untuk kita perjelaskan isu subsidi diesel ini,” kata pengerusi BN itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri, Gua Musang hari ini.

Ahmad Zahid berkata bagi sebarang fitnah yang dibuat, penjelasan akan dibuat kembali oleh jentera parti, dan penerangan berhubung isu berkenaan akan diperhebatkan.

Pada 19 Jun lepas Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK DUN Nenggiri masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...