Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: DAP Sedia Berkempen Jika Diminta, Tidak Anjur Program Sendiri
Politik

PRK Nenggiri: DAP Sedia Berkempen Jika Diminta, Tidak Anjur Program Sendiri

PRK Nenggiri: DAP Sedia Berkempen Jika Diminta, Tidak Anjur Program Sendiri

Teo Nie Ching

GEORGE TOWN, 28 Julai (Livevartha) — DAP bersediamembantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantanbulan depan sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata bagaimanapun parti itu tidak akan mengambil inisiatif sendiri menganjurkan sebarang program bagi tujuan berkempenkerana yang penting buat masa sekarang memastikan parti gabungan Kerajaan Perpaduan meraih kemenangan pada PRK tersebut.

"Kalau itu bukan kerusi DAPbukan kami yang letak calon, namun kami dengan senang hatibersedia untukbantu, itu pendekatan kami.

"Sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan, DAP sentiasasedia untuk bantukalau diperlukan,"katanyakepada pemberita selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pengkalan Kota di sini hari ini.

UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemudanya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon mewakili BN selaku parti gabungan Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu,yangdiadakan susulan kekosongan kerusi DUN Nenggiri selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...