Monday , 23 December 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Calon BN, PAS \’bersua Muka\’ Di Pusat Mengundi
Politik

PRK Nenggiri: Calon BN, PAS \’bersua Muka\’ Di Pusat Mengundi

PRK Nenggiri: Calon BN, PAS \’bersua Muka\’ Di Pusat Mengundi

Calon Barisan Nasional (BN), yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, bersama isterinya Nur Khamila Mohd Zin, 38, mengundi di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali, Bertama Lama, di sini hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Calon PAS, yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, 41, bersama isterinya Che Mariam Che Noh, 41, mengundi di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali, Bertama Lama, di sini hari ini.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon (Barisan Nasional) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi mewakili Perikatan Nasional (PN).

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Selepas tamat 14 hari berkempenakhirnya kedua-dua calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bersua muka di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali, Bertama Lamadi sini hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, bersama isterinya Nur Khamila Mohd Zin, 38, tiba di pusat mengundi berkenaan pada 8.30 pagi.

Selang 10 minit kemudian, calon PASMohd Rizwadi Ismail, 41, bersama isterinya Che Mariam Che Noh, 41, tiba di pusat mengundi itu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kedua-dua mereka sempat bersalaman dan berpelukanselepas dua mingguberkempen bertemu pengundi di DUN Nenggiri.

PRK DUN Nenggiri hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan Mohd Rizwadi mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK ini diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Sementara itu, tinjauan Livevartha di beberapa pusat mengundi mendapati proses pengundian berjalan lancar setakat ini dan para pengundi mematuhi segala peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PengundiAkmal Haikal Aliyasok, 18, yang mengundi di pusat mengundi sama berkata dia berasa gembira kerana menjadi antara pengundi muda terawal menunaikan tanggungjawab di kawasan berkenaan.

"Saya baru kali pertama mengundi untuk PRK dan rasa sangat gembira dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," kata penoreh getah itu.

Warga emasMohd Asri Che Ali, 64, berpuas hati dengan kakitangan SPR dan anggota keselamatan yang bertugas di pusat mengundi untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar sertaterkawal.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...