Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketiksidang media selepas meninjau kemajuan projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Agropolitan, Rantau Manis, hari ini. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kanan) bersama warga kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) meninjau kemajuan projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Agropolitan, Rantau Manis, hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kiri) melihat pelan kemajuan projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Agropolitan, Rantau Manis, Gua Musang hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Ir. Suhaili Ismail (kiri). –fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
GUA MUSANG, 8 Ogos (Livevartha) –Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumahberbanding ceramah besar-besaran padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setakat hari keenam kempen hari ini, selain menyantuni pengundi secara dekat, pemimpin parti dan calon hanya menganjurkan ceramah kelompok.
“Saya sendiri dan beberapa pemimpin parti ada menyertai ceramah kelompok dan kita tidak mahu menyusahkan orang datang ke ceramah-ceramah besar ni.
"Puncanya kerana yang ramai datang pun orang luar,” katanya semasa melawat tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Agropolitan, Rantau Manisdi sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BN akan mengadakan ceramah melibatkan pemimpin utama gabungan politik ituseperti yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional (PN) dan PAS untuk kempen PRK berkenaan.
Bagaimanapun, Ahmad berkata beberapa pemimpin utama antaranya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Pengarah PRK BN bagi DUN Nenggiri,akan menyertai kempen dalam masa terdekat.
Beliau juga berkata manifesto BN belum dimuktamaddan akan diumumpada masa yang sesuai.
“Saya sendiri sudah bercakap dengan calon mengenai manifesto ini dan beliau memahami. Kita menunggu masa yang sesuai sebab kalau terlalu awal, nanti belah sana akan tiru segala apa yang kita nak buat,” katanya secara berseloroh.
PRK DUN Nenggiri yang berlangsung pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil PN Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepasapabila keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun.
— Livevartha