Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri 
Politik

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri 

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri 

Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, malam ini

Turut hadir Pengarah Operasi Pilihan Raya Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta kepimpinan BN

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091undi untuk menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili Perikatan Nasional (PN) yang meraih 5,739undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK berkenaan Nik Raisnan Daud di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini malam ini.

Kerusi DUN Nenggiri dipertandingmulai 2004 dan telah melalui lima pilihan raya sebelum ini,yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi oleh BN manakala kali terakhir oleh wakil PN Mohd Azizi Abu Naim.

Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 pada tahun lepas menyaksikan Mohd Azizi, yang bertanding menggunakan logo PAS, menewaskan calon BN Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

Kerusi DUN itu bagaimanapun diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun selepas Mohd Azizi digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan peratusan keluar mengundi 73.88 peratus daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar, jauh mengatasi jangkaan awal Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak 60 peratus dan peratusan semasa Pilihan Raya Negeri padaOgos tahun lepasyang hanya mencapai 61.09 peratus.

Dengan kemenangan Mohd Azmawi Fikri, Kerajaan Perpaduan kini mempunyai tiga wakil dalam DUN Kelantan termasuk ADUN Galas Mohd Syahbuddin Hashim daripada BN dan ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim daripada Pakatan Harapan.

Ini adalah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu),PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor),PRK DUN Pelangai (Pahang),PRK DUN Jepak (Sarawak),PRK Parlimen Kemaman (Terengganu), PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) serta PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...