Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri Beri Panduan BN Kembalikan Keyakinan Rakyat – Zambry
Politik

PRK Nenggiri Beri Panduan BN Kembalikan Keyakinan Rakyat – Zambry

PRK Nenggiri Beri Panduan BN Kembalikan Keyakinan Rakyat – Zambry

fb Zambry Abd. Kadir

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Livevartha) –Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggirimemberi pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO memulakan langkah ke hadapan serta mengembalikan keyakinan rakyat.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirberkatakemenangan gabungan itu sangat bermakna selepas PRK DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang ketika analisis mengatakan Melayu menolak UMNO walaupun yang bertanding rakan daripada Kerajaan Perpaduan,Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, beliaumenggariskan beberapapemerhatian terhadap keputusan PRK DUN Nenggiriantaranya pemilihan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimemberi banyak kelebihan kepada gabungan itu memandangkan calon BN itu sudah dikenali di kawasan Nenggiri.

“BN juga menukar kaedah daripada ceramah besar-besaran kepada berkampung danprogram ‘taqarrub’. Meskipun tidak kedengaran dentam-dentum ceramah BNtetapi jentera menyelinap masuk ke kampung-kampung dan pusat daerah mengundi (PDM) dengan penuh disiplin.

“AhliUMNO dan BN cukup berdisiplin sebagai pasukan. Mereka mengambil pendekatan underdog ketika menyusun gerak kerja. Pasukan dari negeri-negeri turut membantu BN Kelantan. Mereka tidak meninggalkan pengkalan atau datang sebagai ‘pelancung pilihan raya’.

“Kawasan Orang Asli juga dijaga oleh pasukan bahagian dari Kelantan dan negeri yang berpengalaman dengan Orang Asli iaitu Perak dan Pahang. Meskipun PN dengan lambang PASnya turut membina khemah mereka di kawasan Orang Asli, namun gagal menarik sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Mohd Azmawi Fikri atau dikenali Awieberjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri daripada Perikatan Nasional (PN) denganmajoriti besar 3,352 undi selepasmemperoleh 9,091undi dan menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili PN yang meraih 5,739undi.

Daripada sembilan PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, lapan daripadanya menyaksikan status quo iaitu Kuala Terengganu (PN), Simpang Jeram (Pakatan Harapan – PH), Pulai (PH), Pelangai (BN), Jepak (GPS), Kemaman (PN), Kuala Kubu Baharu (PH) dan Sungai Bakap (PN).

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata kepimpinan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Dr Ahmad Jazlan Yaakub dalam mengemudi jentera negeri Kelantan yang efektifbersama ketua bahagian serta sangatmenekankan disiplin dalam kalangan pasukan antara faktor menyumbang kepada kemenangan.

“Selain itu, peranan Ku Li (Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah) (selaku Pengarah PRK DUN Nenggiri BN) sebagai orang yang sangat berpengalaman dalam kawasannya. Beliau telah memberikan nasihat dan menyediakan kaedah mengendalikan pengundi di Gua Musang khususnya di DUN Nenggiri,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkataPengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidisecara berpasukan juga telah ‘take charge’bagi meneliti setiap pelan dan langkah bagi menghalang serangan Pengarah PRK Nenggiri bagi PN Tan Sri Annuar Musayang pernah memimpin war room UMNO dan BN sebelum inidan rakan-rakannya.

Beliau berkata ini kerana Ahmad Zahid sedar akan cabaran menjelang Perhimpunan Agung UMNO serta usaha Annuar dan rakan-rakannya yang mahu menjadikan PRK DUN Nenggiri sebagai referendum bagi menolaknyasebagaiPresiden UMNOsekali gus menolak parti UMNO.

“Dalam PRK Nenggiri ini, PNmasuk dengan penuh keyakinan bahawa mereka akan terus menang bergaya. Ini kerana Kelantan sinonim dengan kerajaan PAS dan PN sehinggakan calon PN yang asalnya dari PAS itu ditukarkan kulit parti kepada Bersatu,suatu langkah kreatif PAS untuk menguasai DUN Nenggiri.

“PN jugasangat yakin dengan gelombang Melayu-Islam yang menolak UMNO di bawah pimpinanAhmad Zahid dan kerajaan PH yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk SeriAnwar Ibrahim. Kempen menanam kebencian dan penolakan ituberjalan dengan penuh keangkuhan oleh PN,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata strategi isu tempatan seperti hal tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)yang tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri menjadi keutamaan pengundi berbanding isu politik yang melabel UMDAP(UMNO-DAP).

Beliau berkata langkah PN dengan ceramah mega dan politik negara ditambah dengan maki hamun dan kutukan keperibadian terhadap pemimpinPH dan BN juga gagal memberi impak kepada kawasan luar bandar seperti Nenggiri.

“Terima kasih pengundi Nenggiri atas pemilihan seorang wakil rakyat baharu. Semoga YB Awie (Mohd Azmawi Fikri) akan bangun menjadi pemimpin dan wakil rakyat generasi baharu yang berwibawa,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...