Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Awie Ikrar Beri Khidmat Kepada Rakyat Tanpa Mengira Warna Politik
Politik

PRK Nenggiri: Awie Ikrar Beri Khidmat Kepada Rakyat Tanpa Mengira Warna Politik

PRK Nenggiri: Awie Ikrar Beri Khidmat Kepada Rakyat Tanpa Mengira Warna Politik

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

GUA MUSANG, 17 Ogos (Livevartha) — Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,berikrar untuk menjadi wakil rakyat kepada semua penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum dan perbezaan politik.

Lebih mesra dengan panggilan 'Awie,' beliau berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagaiwakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.

"Syukur kepada Allah atas kemenangan ini, terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ayahanda Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK DUN Nenggiri), seluruh jentera dan pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat di DUN ini.

"Bermula saat ini, saya akan mewakili rakyat di DUN Nenggiri, saya berikrar menjadi wakil rakyat kepada semua tanpa mengira warna dan politik sebab sudah habis hari mengundi dan saya kira tanggungjawab ini kena galas kerana saya merupakan wakil kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas diumum memenangi PRK itu dengan majoriti 3,352undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musangdi sini malam ini.

Mohd Azmawi Fikrimemperoleh9,091undi danmenewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739undi.

Mengulas lanjut, Awie berkata beliau tidak menyangka beroleh kemenangan dengan majoriti yang besarkerana pada Pilihan Raya Negeri(PRN) tahun lepas, BN tewas dengan majoriti 810 undi.

"Di luar jangkaan saya… daripada awal, kita sudah maklumkita kalah 810 undi pada PRN lepas dan ini satu perkara yang tidak saya duga sama sekali.

"Esok, saya akan turun padang bertemu pengundi di Sungai Asap dan seterusnya ke tempat-tempat lain," katanya.

Mohd Azmawi Fikri juga akan terus menggunakan gelaran '#BudakAwie' yang diberikan kepadanya oleh pihak lawankerana ia menjadikan beliaupopular dalam kalangan penduduk.

"Terima kasih kepada pihak yang memberikan gelaran '#BudakAwie'…mungkin saya menang pada hari ini kerana gelaran itu… semestinya jenama '#BudakAwie' akan kekal,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...