Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Awie Bukan \’Muka\’ Baharu – Ahmad Maslan
Politik

PRK Nenggiri: Awie Bukan \’Muka\’ Baharu – Ahmad Maslan

PRK Nenggiri: Awie Bukan \’Muka\’ Baharu – Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 6 Ogos (Livevartha) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukanlah ‘muka’ baharu di DUN itu danhanya mula menyantuni penduduk sehari dua.

Sebaliknya,Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Ahmad Maslan berkataKetua Pemuda UMNO Kelantan itu yang lebih mesra disapa sebagai Awie telah ‘berkhidmat’ lebih 10 tahun sebelum ini untuk penduduk di kawasanitu ketikabekerja bersama bekas Ahli DUN NenggiriAb Aziz Yusoff.

Malah, beliau berkataAwie juga dilihat mempunyai hubungan baik bersama penduduk.

“Ab Aziz mengakui bahawa Awie telah bertugas dengannya dan telah pusing semua kawasan Nenggiri sewaktu dia menyandang jawatan ADUN.

“Tidak ramai yang mengetahui perkara ini, namun Awie bukanlah baru sehari dua berada di Nenggiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Media PRK DUN Nenggiridi Kampung Sungai Asapdisinihari ini.

Pada PRKyang ditetapkan pada 17 Ogos itu, Mohd Azmawi Fikri mewakili Kerajaan Perpaduan berdepan wakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum SpeakerDUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Junberikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Ahmadberkata oleh keranacalon BN itu telahmenceburi arena politik lebih awal, iameningkatkankeyakinan partinyauntuk merampas kembalikerusi berkenaan.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...