Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Awie Beri Jaminan Manifesto BN Bukan Retorik
Politik

PRK Nenggiri: Awie Beri Jaminan Manifesto BN Bukan Retorik

PRK Nenggiri: Awie Beri Jaminan Manifesto BN Bukan Retorik

Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani beraksi ketika hadir pada Pesta Bola Nenggiri sempena PRK DUN N.43 Nenggiri di Padang Bola Sepak Sungai Asap B, Gua Musang.

GUA MUSANG, 10 Ogos (Livevartha) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimemberi jaminan manifesto yang bakal dilancarkan beliaubukan sekadar retorik.

Mohd Azmawi, atau lebih dikenali sebagai Awie, berkata beliau mengambil lebih masa untuk membincangkan manifesto itu dengan kepimpinan BN bagi memastikan ia benar-benar mampu dilaksanakan.

“Saya tengah bincang dengan pihak kepimpinan sebab saya tidak mahu manifesto ini sekadar manifesto, bila kita berjaya nanti, kita mampu lakukan, saya tidak mahu hanya retorik…kerana orang muda tidak mahu retorik, mereka semestinya mahu keperluan mereka dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikiankepada pemberita selepas program Pesta Bola Nenggiri diKampung SungaiAsap Bhari iniantara penduduk bersama bekas pemain bola sepak Kelantan dan selebriti.

Antara bekas pemain yang hadir ialah Mohd Badhri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Daudsu Jamaludinmanakala selebriti pula Sharol Shiro, Mamak Putih serta Fad Bocey.

Awie, yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan,akan menentang calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itudiadakan susulan kekosongan kerusi berkenaan selepas keahlian bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...