Wednesday , 27 November 2024
Home Politik PRK Mahkota: Pusat pengundian ditutup, penjumlahan bermula
Politik

PRK Mahkota: Pusat pengundian ditutup, penjumlahan bermula

PUSAT pengundian pada PRK DUN Mahkota di Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang ditutup tepat pukul 6 petang.

KLUANG: Semua 20 pusat pengundian membabitkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ditutup  serentak tepat pukul 6 petang ini.

Kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini untuk proses penjumlahan undi.

Keputusan penuh dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam.

PRK DUN Mahkota menyaksi pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

PRK DUN diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...