KLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malam ini.
Menurut maklumat yang dikongsi PN kepada petugas media, pengumuman itu diadakan di Bilik Gerakan Utama PN di Jalan Dahlia, Kampung Melayu, Kluang pada pukul 8.30 malam.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, pengumuman calon PN yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan susulan para pemimpin PN sibuk dengan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-8 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta mesyuarat kepemimpinan tertingginya. – UTUSAN