Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Mahkota: PH mula gerak jentera bantu BN
Politik

PRK Mahkota: PH mula gerak jentera bantu BN

PRK Mahkota: PH mula gerak jentera bantu BN

WONG SHU QI (dua dari kiri) menemui mangsa kebakaran, Aminah Jimin di Kampung Sembrong Dalam di Kluang.

KLUANG: Pakatan Harapan (PH) menggerakkan lebih awal jentera di peringkat akar umbi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, arahan telah diterima daripada pucuk pimpinan PH untuk memulakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN).

“Saya telah terima arahan daripada Setiausaha Agung parti (Anthony Loke Siew Fook) dan pucuk pimpinan PH untuk gerak kerja PRK DUN Mahkota.

“Di peringkat akar umbi sudah pun bermula gerak kerja. Saya akan kongsikan nanti cara kami berkempen, mobilisasi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Kampung Sembrong Dalam, di sini hari ini. 

Shu Qi yang juga Penyelaras PH Kluang bagi PRK DUN Mahkota berkata, isu perkauman secara hakikatnya tidak berlaku di Parlimen Kluang walaupun di DUN Mahkota peratusan kaum Melayu lebih tinggi berbanding Cina dan India. 

“Oleh itu, soal 34 peratus pengundi Cina daripada kira-kira 66,000 pengundi dalam DUN Mahkota bukanlah satu persoalan besar. Bagi menggerakkan kempen, tidak akan ada perbezaan kaum Melayu, Cina dan India kerana ia akan dilakukan sama rata tanpa mengira kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, Shu Qi menghulurkan bantuan kecemasan kepada Aminah Jimin, 68, selepas sebahagian rumahnya serta sebuah van musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.30 malam tadi. 

Bantuan segera perlu diberikan kepada keluarga Aminah yang menjual sate di bandar Kluang bagi membolehkan mereka memulakan semula perniagaan yang menjadi sumber pendapatan selama ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal, masing-masing pada 14 dan 24 September ini.

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...