Tuesday , 24 December 2024
Home Politik PRK Mahkota: Penjaja raih rezeki tambahan
Politik

PRK Mahkota: Penjaja raih rezeki tambahan

MUHAMMAD HAZIM Khalid melayan beberapa orang pengundu yang singgah membeli minuman dan makanan di gerainya di SK Kampung Melayu, Kluang.

KLUANG: Hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini turut memberi rezeki tambatan kepada golongan penjaja.

Ada penjaja yang mengambil peluang menjual makanan dan minuman ringan di luar kawasan pusat mengundi.

Salah seorang peniaga, Muhammad Hazim Khalid, 25, menjual minuman dan makan segera kepada para pengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, di sini.

“Alhamdulillah, ada rezeki sempena hari mengundi hari ini. Ramai pengundi yang singgah beli air dan makanan yang saya jual sejak pagi tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jika cuaca cerah, dia bercadang membuka gerainya hingga pusat pengundian itu ditutup hingga pukul 6 petang ini.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien  Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61, – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...