Wednesday , 25 December 2024
Home Politik PRK Mahkota: Jangan sabotaj calon – Ahmad Zahid
Politik

PRK Mahkota: Jangan sabotaj calon – Ahmad Zahid

PRK Mahkota: Jangan sabotaj calon – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI

KLUANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak berlaku sabotaj atau sebarang masalah selepas calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota diumumkan hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO mahu  semuanya berjalan lancar dengan  jentera parti bergerak dengan baik seperti yang ditunjukkan dalam PRK DUN Nenggiri bulan lalu.

“Semua jentera mesti gerak dengan baik, jentera MCA mesti gerak cukup kuat, ‘assignment’ (tugasan) kepada MIC untuk santuni masyarakat India. Kita mahu dari 7 hingga 14 September ini (sebelum hari penamaan calon), ada tujuh hari, siapa pun jadi calon, ambil masa tujuh hari ini untuk pemujukan jentera dan penyokong.

“Tak lupa rakan-rakan Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), ini pertama kali kita kombinasikan dalam satu pasukan, pasukan DUN Kerajaan Perpaduan untuk DUN Mahkota,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN PRK DUN Mahkota di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota. – UTUSAN

 

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...