Home Politik PRK Mahkota: Hujan lebat tak ‘rencat’ kehadiran pengundi
Politik

PRK Mahkota: Hujan lebat tak ‘rencat’ kehadiran pengundi

SEORANG petugas SPR memayungi seorang pengundi warga emas dalam hujan lebat menuju ke pusat pengundian di Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang.

KLUANG: Hujan lebat yang melanda pusat bandar tidak merencatkan hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, petang ini.

Walau hujan lebat kira-kira pukul 2.40 petang, namun para pengundi tetap menuju ke pusat pengundian tempat mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Agama Gunung Lambak, di sini mendapati para pengundi menggunakan payung menuju ke pusat berkenaan.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut membantu memayungi para pengundi yang hadir ke pusat berkenaan.

SPR memaklumkan hingga pukul 2 petang, peratusan mengundi yang direkodkan sebanyak 38.52 peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pemilih berdaftar.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UTUSAN

Related Articles

Politik

PM selesai mesyuarat prapersidangan Dewan Rakyat

KENDERAAN membawa Ahmad Zahid meninggalkan Kompleks Seri Perdana petang tadi selepas selesai...

Politik

PM pengerusikan pramesyuarat ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan

KERETA membawa Ahmad Zahid memasuki Seri Perdana Putrajaya. – UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD...

Politik

Lebih 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan- KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPUTRAJAYA: Sebanyak 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan oleh Kementerian Dalam Negeri...

Politik

RUU Mufti: Jangan timbulkan keraguan akibat tafsiran salah – Mohd. Na’im

MOHD. NA\’IM MOKHTARPUTRAJAYA: Dakwaan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan...