Home Politik PRK Mahkota: Annuar Musa ramal BN menang besar
Politik

PRK Mahkota: Annuar Musa ramal BN menang besar

PRK Mahkota: Annuar Musa ramal BN menang besar

ANNUAR MUSA

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti besar melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 28 September ini.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, DUN Mahkota merupakan kubu terkuat untuk BN dan Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, ia berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu yang menunjukkan BN dan PH memperoleh sebanyak 28,000 undi.

Ini menjadikan Mahkota kubu terkuat BN (dan) PH di Johor. Apa lagi dalam PRK, dengan segala jentera Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang sudah pun dikerahkan bekerja untuk ;pasukan perpaduan’.

“Dijangkakan BN dengan mudah menambah undi mereka seperti di Nenggiri. Mungkin melebihi 30,000 undi,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon PH, Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah dicalonkan mewakili BN dan Kerajaan Perpaduan bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berkata, Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,000 undi sahaja di PRN lalu iaitu lebih 20,000 undi lebih rendah dari diperoleh gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Majoriti BN dlm PRK kali ini pastinya melebihi 20,000 undi dan ia manifestasi kejayaan jajaran baru mereka bersama ‘Kerajaan Perpaduan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Kemenangan bukan kerana ‘Syed Hussien’ semata-mata

SYED HUSSIEN Syed Abdullah menziarahi pusara ayahnya, Allahyarham Syed Abdullah Syed Abdul...

Politik

Kemenangan bukti keyakinan rakyat kepada kerajaan Johor

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (empat dari kanan) selepas diumumkan menang pada Pilihan...

Politik

Bersatu akan alami pemberontakan?

MOHD. PUAD ZARKASHIPETALING JAYA: Pemimpin UMNO menjangkakan akan berlaku pemberontakan dalaman Parti...

Politik

Formula kerjasama PH-BN perlu diteruskan

ANTHONY Loke Siew Fook ketika ditemui sewaktu sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen...