Wednesday , 25 September 2024
Home Politik PRK Mahkota: Anggota tentera, pasangan datang awal mengundi
Politik

PRK Mahkota: Anggota tentera, pasangan datang awal mengundi

SEBAHAGIAN anggota tentera beratur menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari mengundi awal bagi PRK DUN Mahkota di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, Kluang.

KLUANG – Seramai 4,510 pegawai dan anggota tentera serta pasangan mereka keluar awal untuk mengundi bagi memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada hari mengundi awal hari ini.

Mereka mula berbaris panjang untuk memasuki Dewan Mahkota di Kem Mahkota, di sini seawal pukul 7.30 pagi walaupun pusat mengundi itu dibuka mulai 8 pagi.

Selain di Dewan Mahkota, pusat mengundi turut dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim, di situ. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Azmin hanya tanding Ketua Bersatu Bahagian Gombak

MOHAMED AZMIN ALIKUALA LUMPUR: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk...

Politik

Papar gambar pemimpin politik pada slaid khutbah Jumaat: Empat pegawai JAIM diambil tindakan

RAHMAD MARIMANMELAKA: Kerajaan negeri telah mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawai Jabatan...

Politik

NGO Melaka cadang gelaran Datuk Pengerusi GISBH ditarik

WAN AHMAD AFIQ Noordin (dua dari kiri) bersama Amirul Hakim Mohd. Yusof...

Politik

Rakyat Malaysia di Lubnan digesa segera tinggalkan negara itu – Mohamad Hasan

MOHAMAD HASANPUTRAJAYA: Semua warganegara Malaysia di Lubnan digesa untuk segera meninggalkan negara...