Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK DUN Nenggiri: Pemimpin Parti Komponen Kerajaan Perpaduan Ucap Tahniah Kepada Awie
Politik

PRK DUN Nenggiri: Pemimpin Parti Komponen Kerajaan Perpaduan Ucap Tahniah Kepada Awie

PRK DUN Nenggiri: Pemimpin Parti Komponen Kerajaan Perpaduan Ucap Tahniah Kepada Awie

fb Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Livevartha) — Beberapa pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN)Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atas kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan penghargaan kepada pengundi di kawasan itu yang memberikan semula mandat kepada BN.

Beliau turut mengucapkan selamat berkhidmat dan menjalankan amanah kepada Mohd Azmawi Fikri yang mesra disapa sebagai Awie.

"Tahniah dan syabas kepada seluruh petugas serta jentera parti yang bertungkus lumus untuk kemenangan ini. Semoga semua selamat kembali ke destinasi masing-masing," katanya.

Presiden Amanah DatukSeri Mohamad Sabu pula berkata kemenangan itu bukan sahaja menggambarkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduantetapi juga adalah manifestasi kesatuan dan kerjasamakukuh dalam gabungan politik berkenaan.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas serta jentera parti Kerajaan Perpaduanterutama daripada Amanahyang telah bekerja keras dan penuh dedikasi dalam memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di DUN Nenggiri.

"Komitmen dan usaha gigih anda semua adalah kunci kejayaan kita hari ini. Tahniah dan syabas diucapkan atas kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di DUN Nenggiri," katanya sambil menambahAmanah akan terus komited memastikan kejayaan sama diperoleh bagi PRK DUN Mahkota diJohor.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah kepada BN.

"Pengundi Nenggiri telah memilih. Tahniah BN," katanya menerusi catatan di laman Facebook.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Azmawi Fikri, berkata kemenangan itu adalah hasil kerja keras jentera Kerajaan Perpaduan khususnya jentera UMNO dan BN dari seluruh negara.

"Ayuh kita jadikan kemenangan ini perangsang usaha meningkatkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.

BNberjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri menangdengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091undiuntuk menewaskan pencabarnya Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS dan mewakili Perikatan Nasional, yang meraih 5,739undi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...