Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan Daripada BN – Ahmad Zahid
Politik

PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan Daripada BN – Ahmad Zahid

PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan Daripada BN – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas hadir mempengerusikan mesyuarat sekretariat majlis pembangunan usahawan dan PMKS (SEK-MPUPK) Bil 3/2024 di Ibu Pejabat SME Corp Malaysia, hari ini.

KUALA LUMPUR, 13 (Livevartha) –Calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah daripadaBarisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata seperti kelaziman, parti yang menyandang kerusi DUN atau Parlimen terlibat akan ditandingi semula oleh parti berkenaan.

Ahmad Zahid berkata perincian lanjut akan dibincangkan dalam Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya keputusan itu dibawa ke Majlis SekretariatKerajaan Perpaduan.

“Kita tahuDUN Mahkota di kawasan agak berpotensi untuk kita (BN) terus menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semuaparti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Lazimnya persefahaman yang menjadi formulakepada Kerajaan Perpaduan ialah kerusi yang diwakili mana-mana parti harus ditandingi semula oleh parti tersebut,” katanya dalam sidang media, hari ini.

–Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...