Home Politik PM tegur beberapa proses reformasi tidak memuaskan
Politik

PM tegur beberapa proses reformasi tidak memuaskan

PM tegur beberapa proses reformasi tidak memuaskan

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga JPM di Putrajaya. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat teguran berhubung beberapa proses reformasi perkhidmatan awam belum ke tahap memuaskan terutamanya langkah penggabungan agensi dan jabatan yang masih tidak berlaku.

Perdana Menteri berkata, ini termasuk mengambil tindakan terhadap masalah pertindihan jawatan yang kurang perlu, masih belum ditingkat ke tahap memuaskan.

Malah, Anwar turut menegur ketua jabatan yang belum mengemukakan laporan salah laku pegawai yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan awam.

“Laporan ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pengarah dan ketua-ketua unit tentang kelembapan dan kecuaian beberapa pegawai itu pun belum ke tahap memuaskan.

“Semua ini harus kita lakukan kerana kita mesti melakukan anjakan sebaiknya,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Anwar menegaskan, langkah reformasi yang diumumkan sebelum ini perlu dilaksana dengan segera kerana Skim Saraan Perkidmatan Awam (SSPA) yang baharu sudah dimumkan.

Justeru, katanya, bulan September ini akan dijangkakan berlaku pergerakan reformasi yang lebih besar.

Untuk itu, katanya, beliau akan berbincang dengan Ketua  Setiausaha Negara (KSN), Datuk Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki prestasi yang dianggap sudah baik.

Pada masa sama, beliau mahu satu kaedah baharu dilakukan bagi menyelesaikan isu-isu yang membelenggu rakyat berkaitan kecekapan pentadbiran perkhidmatan awam

“Masalah rakyat itu tentang kecepatan kita menjawab surat tuntutan mereka sama ada boleh atau tak boleh, langkah-langkah prosedur yang harus dipatuhi, itu semua kita harus cari kaedah baharu.

“Saya selalu menganggap bahawa ‘pace’ tahap kecepatan, kepantasan melakukan perubahan itu harus setimpal dengan tuntutan zaman dan tuntutan masa.

“Jadi, tentunya, saya umpamanya bila ambil jabatan, ada peraturan-peraturan biasa, telah dijalankan puluhan tahun, ada yang baik kita teruskan, tapi ada yang perlu kita ubah suai…tumpuan, keutamaan dan sebagainya.” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengalu-alukan kehadiran Shamsul Azri sebagai KSN Baharu dan percaya beliau boleh bekerja dalam satu pasukan bersama rakan penjawat awam, menaikkan prestasi perkhidmatan awam dan memenuhi harapan bukan sahaja penjawat awam tetapi rakyat keseluruhannya.

“Saya seru rakan-rakan seperti terdahulu beri kerjasama sepenuhnya keputusan-keputusan yang  telah dibuat dan keputusan mengenai apa pun,  termasuk pelantikan Perdana Menteri tak semestinya keputusan yang terbaik.

“Tetapi keputusan sudah diambil, apa yang kita perlu lakukan ialah tekad untuk melaksanakan amanah besar dan tawakal kepada Allah,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Mohammed Shazalli Ramli dilantik Penasihat Media & Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri

MOHAMMED SHAZALLI RAMLIPUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media...

Politik

Kastam rampas kretek, arak, ethanol kenderaan import bernilai lebih RM11 juta

ANIS Rizana Mohd. Zainudin menunjukkan antara kereta mewah yang dirampas dalam pelbagai...

Politik

Dr. Chong pertahan jawatan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu

DR. CHONG FAT FULLPETALING JAYA: Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Politik

Parlimen: Belanjawan 2025, isu kewarganegaraan antara tumpuan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat ketiga Dewan Rakyat penggal ketiga Parlimen Ke-15 bersidang 35...