Monday , 23 December 2024
Home Politik PM selesai mesyuarat prapersidangan Dewan Rakyat
Politik

PM selesai mesyuarat prapersidangan Dewan Rakyat

KENDERAAN membawa Ahmad Zahid meninggalkan Kompleks Seri Perdana petang tadi selepas selesai mesyuarat prapersidangan Dewan Rakyat.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana di sini.

Mesyuarat secara tertutup bermula pukul 4.30 dan berakhir kira-kira 6 petang tadi turut dihadiri kedua-dua timbalan perdana menteri, barisan Jemaah Menteri dan ahli-ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan bersidang selama 35 hari bermula esok hingga 12 Disember depan dengan tumpuan pada pembentangan Belanjawan 2025 bertemakan “Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”.

Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu akan berlangsung pada 4 petang, 18 Oktober dan akan dibahas di peringkat dasar bermula 28 Oktober hingga 5 November sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa bermula 13 November hingga 3 Disember untuk diluluskan Dewan Rakyat.

Turut dijadualkan, sesi penerangan menteri mengenai isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang akan diadakan pada hari kedua persidangan Dewan Rakyat, Selasa ini.

Sementara itu, beberapa Rang Undang-Undang akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama antaranya Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...