Thursday , 5 December 2024
Home Politik Pinda akta elak dana diseleweng pemegang amanah badan agama, sosial, kebajikan
Politik

Pinda akta elak dana diseleweng pemegang amanah badan agama, sosial, kebajikan

Pinda akta elak dana diseleweng pemegang amanah badan agama, sosial, kebajikan

ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya. – FOTO PEJABAT PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA: Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] akan dipinda bagi mengelak penyelewengan dana oleh badan pemegang amanah yang ditubuhkan antaranya bagi tujuan keagamaan, sosial dan Kebajikan.

Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pindaan Akta 208 antaranya merangkumi tafsiran berhubung pemunya benefisial iaitu mereka yang mendapat manfaat daripada badan amanah.

Pindaan Akta 258 pula antaranya melibatkan penetapan peraturan berkaitan pendedahan maklumat, konflik kepentingan dan sumber dana serta memberi kuasa bagi meningkatkan pemantauan, pengesahan dan pemeriksaan laporan serta penyeliaan dana.

“Pindaan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh tatakelola, integriti dan membanteras rasuah.

“Ini khususnya dengan memberi perhatian serius terhadap isu melibatkan profesionalisme agensi penguat kuasa yang memberi persepsi negatif terhadap orang awam.

“Ia di samping isu rasuah yang melibatkan perolehan kerajaan serta penyalahgunaan dana awam, terutamanya melibatkan entiti yang menerima dana daripada kerajaan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, isu ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan, tetapi turut merosakkan kredibiliti tatakelola awam dan integriti institusi kerajaan.

Pada masa sama, katanya, mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan menggalakkan semua syarikat gred G7 yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 Anti Bribery Management System (ABMS).

“Ia akan diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan bagi perolehan kerja bernilai RM100 juta ke atas bagi tempoh dua tahun pertama.

“Inisiatif ini juga menyokong prinsip liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009,” katanya.

Kata Pejabat Perdana Menteri, kerajaan sekali lagi menegaskan iltizam untuk memperkasa tatakelola dan integriti serta menyokong penuh agenda pembanterasan rasuah nasional.

Jelasnya, setiap usaha yang diambil akan memastikan tatakelola dan integriti sektor awam terus diperkukuh demi kepentingan negara dan rakyat. – UTUSAN

 

 

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...