Friday , 20 September 2024
Home Politik Pilih Calon Penghubung Kerajaan Pusat Dengan DUN Nenggiri – Ahmad Maslan
Politik

Pilih Calon Penghubung Kerajaan Pusat Dengan DUN Nenggiri – Ahmad Maslan

Pilih Calon Penghubung Kerajaan Pusat Dengan DUN Nenggiri – Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 5 Ogos (Livevartha) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata DUN Nenggiri mempunyai sembilan kampung tradisi, lima Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan lima kawasan Orang Asli yang memerlukan pemerhatianKementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)selain satu kawasan Felda.

Justeru, beliau meminta pengundi Nenggiri memberi pertimbangan sewajarnya supayapeluang dapat diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu pada 17 Ogos ini untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan.

"Kita nak calon yang mendukung Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan manfaat dan memudahkan segala urusan dengan agensi kerajaan Persekutuan.

"Cukup mudah untuk membuat pilihan kerana kawasan ini masih memerlukan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, jadi eloklah mengundi Awi (Mohd Azmawi Fikri)," katanya kepada pemberita semasa melawat projek pembinaan jalan di Bertamhari ini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakansusulan kekosongan kerusi yang diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun selepas keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun.

Terdahulu, Ahmad meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu sepanjang 750 meter dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musang yang kini di tahap 60 peratus dan dijangka siap mengikut jadual pada Mac 2025.

Mengenai pampasan kepada pemilik 22 struktur penempatan berstatus pendudukan tidak sah di tanah kerajaansepanjang jajaran itu, beliau berkata mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 24 Jan lepas menyerahkan kepada pertimbangan KKDWselaku pemilik projek berhubung tuntutan berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang telah memanjangkan permohonan tersebut kepada KKDW untuk pertimbangan seterusnya.

"Memandangkan kita dalam tempoh pilihan raya, tak boleh umum sekarang, KKDW akan umum pampasan selepas pilihan raya nanti. Ada formula pengiraan, pastinya tidak akan dapat pampasan penuh," katanya.

Projek menelan kos lebih RM9 juta itu, yang menghubungkan Kampung Bertam Baru dan Kampung Bertam Lama, bakal meningkatkan taraf sosioekonomi serta memberi manfaat kepada 5,000 penduduk setempat.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...