Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Livevartha) –Pakatan Harapan (PH)tidak akan meletakkan calonpada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada September ini.
Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat kepimpinan tertinggi PHyang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimminggu lepas.
“PH bersetuju calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding (pada PRK DUN Mahkota)sebagai menghormati kerusi penyandangsepertimana BNberbuat serupa ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023.
“PH akan turun memberi sokongan dan dukungan sepenuhnya kerana mengekalkan kemenangan kerusi DUN Mahkotamenjadi keutamaan dalam semangat Kerajaan Perpaduan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnyaDatuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) diKluang, Johor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK itu pada 28 Sept, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.
Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.
— Livevartha