Friday , 20 September 2024
Home Politik Penyertaan MyPPP perlu diterima sebulat suara – Ahmad Zahid 
Politik

Penyertaan MyPPP perlu diterima sebulat suara – Ahmad Zahid 

Penyertaan MyPPP perlu diterima sebulat suara – Ahmad Zahid 

ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR: Keahlian Parti Progresif Penduduk (MyPPP) sebagai komponen Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Ia susulan keputusan mahkamah berpihak kepada parti tersebut apabila kepimpinan terdahulu mengumumkan keluar daripada BN tanpa keputusan kepimpinan tertingginya.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, MyPP telah melalui pasang surut dalam mengarungi arus politik tanah air.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, rayuan permohonan MyPPP itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi BN akan datang.

“Dewan Tertinggi BN akan mengadakan perbincangan dalam mesyuarat akan datang untuk melihat semula, bukan sahaja rayuan malah keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah terhadap keabsahan MyPPP. 

“Dalam hal ini, keputusan ini mesti dibuat secara sebulat suara mengikut setiap perkara di dalam perlembagaan parti. Ia akan disusuli dengan perbincangan dalam kalangan kepimpinan dan juga penelitian terhadap masjlis tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung tahunan MYPPP yang ke-71 di di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pada Jun lalu, Zahid menafikan dakwaan bahawa BN telah mengenepikan MyPPP dan meminta BN melayan parti itu secara bermaruah.

Beliau berkata, Status MyPPP dalam BN buat masa ini adalah antara parti gabungan dalam rakan BN.

Menurutnya lagi, terdapat 11 parti gabungan itu termasuk MyPPP dan BN hanya mempunyai empat parti komponen, terdiri daripada UMNO, MCA, MIC and Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Di bawah perlembagaan BN, keputusan untuk menerima mana-mana parti politik sebagai komponen mesti dibuat secara konsensus. -UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...