Tuesday , 24 December 2024
Home Politik Pemimpin Melayu tak berani bela nasib kaum sendiri – Abdul Hadi
Politik

Pemimpin Melayu tak berani bela nasib kaum sendiri – Abdul Hadi

Pemimpin Melayu tak berani bela nasib kaum sendiri – Abdul Hadi

MAHATHIR Mohamad bersama Abdul Hadi Awang merasmikan buku 3R Nasihat Untuk Semua pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa pemimpin Melayu dalam kerajaan hari ini tidak berani membela nasib, hak dan kedudukan Melayu dan Islam itu sendiri.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pemimpin Melayu dilihat terlalu mengikut telunjuk kumpulan tertentu demi mengekalkan kuasa sebagai perdana menteri dan menteri.

Menurutnya, walaupun majoriti rakyat negara ini ialah Melayu, namun pentadbiran kerajaan didominasi
puak lain.

“Sepatutnya bila kita jadi pemimpin Melayu Islam, kita yang menentukan nasib kaum kita sendiri dan ini patut kita buat kita amalkan.

“Kita bukan fanatik kaum tapi tanggungjawab terhadap bangsa penting bagi menegakkan keadilan untuk semua. Bukan bermakna nak tindas orang (kaum) lain tapi hak kaum (Melayu yang majoriti) mesti diutamakan,” katanya ketika berucap pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini, yang Lawan Melayu adalah Melayu juga tetapi DAP diam sebab sudah ada orang Melayu buat kerja DAP.

Abdul Hadi berkata, sepatutnya pemimpin dalam kerajaan kena berani bertindak kerana masih ada kemampuan, malah peranan kuasa Melayu dalam demokrasi masih ada dan ia perlu dimanfaatkan.

Sementara itu, katanya, politik sangat penting bagi orang Melayu Islam, justeru yang patut menentukan kuasa adil kepada semua ialah Islam dan selain Islam tidak boleh.

Katanya, beliau mengakui masih ada cakap-cakap bahawa politik ini kotor sedangkan Islam mengajar politik paling mulia sebagaimana ditonjolkan nabi-nabi.

“Jika ingin kembali kepada Islam, maka orang Melayu mesti berkuasa dan memilih pemimpin yang betul ketika pilihan raya.

“Masalahnya orang Melayu Islam tak faham hak dia sendiri kerana ketika pilihan raya peratus mengundi orang Melayu rendah dan tiada semangat nak mengundi,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...