Monday , 23 December 2024
Home Politik Pemilihan PKR selepas Mei 2025 – Fuziah
Politik

Pemilihan PKR selepas Mei 2025 – Fuziah

FUZIAH Salleh (duduk, tengah) dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan skim harga maksimum sempena Deepavali di Mentakab, Temerloh, Pahang. – FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH: Pemilihan PKR akan diadakan selepas mandat dipegang barisan pimpinan parti itu pada ketika ini berakhir Mei tahun depan.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh memaklumkan, tidak timbul isu pemilihan parti itu akan ditangguhkan kerana mandat pimpinan sedia ada masih sah dan tamat tempoh jawatan sehingga tahun hadapan.

“Kena perbetulkan naratif, pemilihan bukan ditangguh dan ia akan diadakan mengikut masa.

“Sebab (sebelum ini) ada yang mungkin memikirkan perlu ditangguh, tapi tarikh akhir adalah Mei 2025,” katanya selepas melakukan tinjauan skim harga maksimum sempena Deepavali di Mentakab di sini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pemilihan PKR disegerakan, dengan menjelaskan ia akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

Malah, Presiden PKR itu dilaporkan berkata, keputusan untuk tidak menangguhkan pemilihan dalam Mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini adalah mengambil kira tarikh jangkaan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) masih jauh.

Ketika ditanya sama ada kebimbangan tahap sokongan terhadap kerajaan Perpaduan menjadi punca timbul cadangan menangguhkan pemilihan parti tersebut disuarakan, Fuziah menegaskan bahawa perkara itu tidak timbul.

“Kerajaan ini kerajaan yang stabil dan kita perlu beri peluang kepada Perdana Menteri untuk selesaikan tugas beliau hingga cukup penggal,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...