Wednesday , 25 December 2024
Home Politik Pecat, tukar pegawai JAIM tindakan zalim – Pas Melaka
Politik

Pecat, tukar pegawai JAIM tindakan zalim – Pas Melaka

AHMAD BILAL RAHUDIN

MELAKA: Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan tatatertib terhadap empat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan penggunaan gambar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat, minggu lalu.

Ketua Penerangan Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin berkata, tindakan memecat dan menukarkan pegawai terlibat ke bahagian lain disifatkan sebagai zalim dan melampau.

Menurut beliau, alasan pemecatan yang diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman juga tidak masuk akal serta sengaja diperbesarkan.

“Ia menimbulkan persoalan bagaimana dengan hanya menyisipkan gambar boleh menimbulkan keresahan serta rungutan awam di negeri ini? Jelas kenyataan tersebut langsung tidak masuk akal dan sengaja diperbesar-besarkan untuk merasionalkan tindakan keras terhadap empat pegawai JAIM terbabit.

“Kita sedia maklum bahawa isunya adalah berkaitan politik dan tidak sampai menjejaskan keharmonian rakyat. Tindakan memecat dan penukaran jawatan empat pegawai yang dikatakan terlibat dalam kejadian itu jelas sesuatu yang zalim dan melampau,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri telah mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawai JAIM yang terlibat dengan isu penggunaan gambar seorang pemimpin politik pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat.

Dalam pada itu, Ahmad Bilal turut mempersoalkan budaya yang mahu ditonjolkan kerajaan negeri dengan menakutkan rakyat terhadap imej ulama, sedangkan artis luar disanjung serta dijadikan ikon.

Katanya, wajah yang dipaparkan pada slaid tersebut adalah Abdul Hadi iaitu seorang tokoh ulama dan negarawan.

“⁠Mengapakah kemunculan gambar beliau menjadi isu yang sangat besar sehingga ada pegawai yang hilang pekerjaan? Adakah ini budaya yang (mahu) dibawa kepada rakyat, artis asing disanjung tetapi para ulama ditakut-takutkan.

“Pas Melaka sangat kesal dengan sikap negatif yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dan menyeru berisan kepimpinan menghormati para ulama agar menjadi contoh yang baik kepada rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...