Tuesday , 24 December 2024
Home Politik PAU2024: UMNO perlu jadi juara hati rakyat
Politik

PAU2024: UMNO perlu jadi juara hati rakyat

PAU2024: UMNO perlu jadi juara hati rakyat

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memahami isi hati rakyat dan kemahuannya serta berubah  bagi membolehkan parti tersebut kembali menjadi kuasa besar yang mentadbir negara.

Exco Pergerakan Puteri Malaysia, Siti Nor Hasyyati Abd Rahman berkata, UMNO perlu menyesuaikan diri mengikut masa dan keadaan untuk menjadi parti dominan.

Katanya, tekanan kehidupan 10 tahun lalu dengan sekarang adalah berbeza, oleh itu kehendak rakyat juga sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. 

“Kita mesti dilihat menjuarai isu rakyat terutama orang kampung dan orang Melayu atau dengan kata lainnya menjadi Champion of the People.

“Memang benar, terdapat sesetengah dalam kalangan kita berpandangan memberi peluang kepada orang muda untuk menjadi calon adalah seolah-olah ia segala yang terkandung di dalam pengertian peremajaan parti.

“Apakah dijamin akan membawa kejayaan kepada parti jika memberi peluang orang muda untuk menjadi calon sekiranya tidak pernah bekerja menyantuni rakyat, tidak turun ke lapangan dan  tidak mengambil peduli pada isu-isu kepentingan rakyat,” katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini,

Beliau berkata, kekalahan sebelum ini disebabkan oleh mereka yang berjaya meracuni pemikiran rakyat dan memberi gambaran seolah-olah UMNO tidak betul. 

“UMNO perlu berubah dan perlu diremajakan. Peremajaan parti bukanlah membawa erti usia pemimpin tetapi tindakan dan cara sebenarnya perlu berubah.

“Pergerakan Puteri UMNO berpandangan mewujudkan satu sekretariat khusus di dalam menangani bidang teknologi maklumat dan mestilah terdiri daripada golongan profesional khususnya dalam perkara berkaitan dengan keperluan parti serta pertempuran politik alaf baharu,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...