Tuesday , 24 December 2024
Home Politik PAU 2024: Wujudkan naratif tangkis propaganda sentimen 3R
Politik

PAU 2024: Wujudkan naratif tangkis propaganda sentimen 3R

PAU 2024: Wujudkan naratif tangkis propaganda sentimen 3R

AMINUDDIN OMAR

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu mencipta naratif tunggal untuk dimainkan bagi melawan propaganda sentimen agama, kaum dan raja (3R) yang dimainkan oleh Pas.

Pembahas UMNO Kedah, Datuk Aminuddin Omar berkata, Pas konsisten memainkan sentimen berkisar 3R dengan mengambil kelebihan dari kuasa sebagai kerajaan negeri dan dibantu oleh agensi kerajaan negeri.

Kata beliau, serangan dengan pelbagai isu tanpa strategi khas dibimbangi tidak mampu memberi impak yang maksimum dalam menentang propaganda dimainkan Pas.

“Jentera penerangan BN-PH perlulah juga diselaraskan supaya lebih teratur dan dapat memberi kesan yang lebih jitu. Jika BN masih dengan jentera sendiri dan PH dengan jentera mereka sendiri, masih bergerak secara bersendirian tanpa kerjasama dan koordinasi yang tersusun.

“Dikhuatiri kita tenggelam dengan hasutan 3R yang konsisten dimainkan oleh jentera Pas,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini  hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu berkata, jentera BN-PH perlu menunjukkan pengukuhan sekiranya mahu menang dalam mengatasi serangan 3R.

Jelasnya, ia juga bagi menenggelamkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang sedang menikmati tsunami hijau yang masih menebal di Kedah.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, mentaliti UMNO perlu diubah dan tidak boleh menganggap diri masih sebagai kerajaan.

“Mentaliti UMNO Kedah perlu berubah kepada mentaliti pembangkang. Gerak kerja sebagai pembangkang yang berkesan haruslah dirangka awal, maka dengan itu war room UMNO negeri kedah diharapkan dapat diaktifkan segera bagi memenuhi keperluan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, mentaliti rakyat juga perlu diubah demi UMNO.

“Rakyat tidak lagi boleh mengandaikan UMNO tetap memberi bantuan atau khidmat walaupun kalah pilihan raya. Mereka perlu faham punca kuasa dan sumber tidak lagi sama jika UMNO kalah,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...