Home Politik PAU 2024: UMNO perlu lihat kelemahan sendiri
Politik

PAU 2024: UMNO perlu lihat kelemahan sendiri

PAU 2024: UMNO perlu lihat kelemahan sendiri

AHMAD Zahid Hamidi bersama kepemimpinan UMNO dalam sidang akhbar selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: UMNO perlu melihat kelemahan parti itu sendiri sekali gus perlu memperbaikinya demi kekuatan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengakui Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelemahan walaupun telah memerintah selama 62 tahun.

Bagaimanapun, beliau berkata, UMNO perlu menyusun semula strategi demi mengukuhkan parti di  semua peringkat.

“UMNO mengakui masih tidak bersifat maksum dan sempurna. Oleh itu, UMNO perlu mengkritik kepada diri sendiri bagi melihat apa yang perlu dibaiki dan meningkatkan perubahan dalam komunikasi politik untuk mendekati dan menyantuni para pengundi terutama pengundi muda dengan melakukan pendekatan baharu yang selama ini mungkin kita terlepas pandang atau tidak diberikan fokus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang dalam selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di sini hari ini.

Dalam hal ini, katanya lagi, satu pendekatan baharu perlu dibuat menerusi teknologi komunikasi sekali gus ia memerlukan usaha sama daripada ketiga-tiga sayap untuk melaksanakannya.

“Khusus untuk pengundi baharu kita merangkumkan kerjasama antara Pemuda dan Puteri UMNO supaya memberikan fokus gerak kerja yang dilakukan di peringkat kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lokaliti untuk menentukan bahawa terdapat perlarasan dari segi gerak kerja,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Akta khusus tangani unsur keganasan dari luar negara – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika gimik peluncuran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani...

Politik

Pantau agensi guna dana pengurusan lebih tinggi daripada disalur kepada orang miskin – PM

ANWAR Ibrahim bergambar kenangan selepas meluncurkan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di...

Politik

Kecewa dengan DAP punca bukan Melayu tidak keluar mengundi?

Undang-undang wajib mengundi akan menyaksikan lebih ramai keluar mengundi dalam pilihan raya.PETALING...

Politik

‘Bersatu tidak boleh lari dari kronisme’

Dr. Muhammad Faiz Na’amanPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh...