Monday , 23 December 2024
Home Politik PAU 2024: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Penstrukturan Semula Parti Antara Agenda Utama
Politik

PAU 2024: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Penstrukturan Semula Parti Antara Agenda Utama

PAU 2024: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Penstrukturan Semula Parti Antara Agenda Utama

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (duduk, tengah) hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — Pemerkasaan ekonomi bumiputera dan penstrukturan semula jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah antara agenda utama Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula hari ini hingga Sabtu.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan kali ini juga penting untuk mengukuhkan rasa kebersamaan dalam kalangan pimpinan dan ahli-ahli akar umbi parti itu.

“Kita mempunyai pelbagai fokus kali ini. Setiap sayap mempunyai agenda tersendiri untuk memperkukuhkan parti. Ini adalah hasil daripada kemenangan (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri) Nenggiri, yang membangkitkan semangat kita semula.

“Walaupun ia(PRU16) masih jauh, tetapi persiapan harus dimulakan dari sekarang. Yang paling penting adalah kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan ahli UMNO, dengan semangat yang babaru dalam situasi yang berubah. Pemangkinnya,sudah tentu kemenangan di Nenggiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan pertandingan akhir Pidato Piala Datuk Nurul Amal di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkataperhimpunan kali ini juga akan menjadi medan untuk menterjemahkan pelaksanaan agenda nasional dari peringkat pimpinan tertinggi parti sehingga ke peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau menghormati kenyataan yang dibuat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menzahirkan kemurkaan terhadap tindakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Tentunya ini adalah kesan dari keceluparan yang membangkitkan isu tersebut. Mungkin Muhyiddin tidak menerima hakikat bahawa titah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan adalah dengan niat Tuanku ketika itu untuk menyatupadukan semua parti bagi mengelakkan ketidakstabilan politik,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berharap agar segala perbincangan dan keputusan pada perhimpunan kali iniakan membawa kebaikan bukan sahaja kepada parti, tetapi juga kepada rakyat serta negara secara keseluruhannya.

“Selamat bersidang saya ucapkan kepada para perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO 2024.

“Jadikanlah Perhimpunan Agung UMNO 2024 ini sebagai medan terbaik untuk kita memperkukuhkan saf perjuangan, meningkatkan semangat muafakat dan menyusun strategi demi kejayaan parti yang kita cintai ini,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...