Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Laman Sejahtera Sungai Koyan hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Laman Sejahtera Sungai Koyan hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan).
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
LIPIS, 10 Ogos (Livevartha) –Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa jentera kempen bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri (DUN),kerana ia lebih ’bermakna'menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) pada 21-24 Ogos ini.
Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan PAU 2024 yang akan berlangsung empat hari selepas PRK tersebut menjadi lebih signifikan sekiranya kerusi DUN Nenggiri dapat dimenangi calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, dan dikembalikan kepada UMNO.
"Kekalahan kita dalam PRN (ke-15) di DUN Nenggiri, cuma 810 (majoriti yang diperoleholehMohd Azizi Abu Naim). Datuk RamliRamli Mohd Nor (Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat) tahu ramai pengundi Orang Asli tidak keluar, atas sebab tertentu.
“Ramai pengundi di kawasan Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) juga tidak keluar mengundi. Selain itu, sembilan pusat daerah mengundi di kampung tradisional dan satu rancangan Felda Perasu ada masalah, tapi kali ini, Alhamdulillah.
“Kesedar ada lima PDM bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDWN), sembilan kampung tradisional juga di bawah KKDW, serta satu PDM Felda. Kebetulan Perdana Menteri bagi tanggungjawab Felda pada saya, ertinya 20 PDM bawah saya. Tolonglah saya untuk kita tebus maruah kita di Nenggiri pada Sabtu,” katanya.
Ahmad Zahidyang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikanMesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Sg Koyan di sini hari ini.
Hadir samaNaib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Pahang dan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, AhmadZahid berkataberkata peristiwa kekalahan UMNO pada 2018 agak memeritkan, terutama dengan perpecahan dalam kalangan ahli parti, Namun, beliau bersama rakan-rakanya dalam partiakanterus komited memperkukuhkan parti keramat ini.
Beliau berkata tugas ini memerlukan kerjasama semua ahli dari cawangan, bahagian dan negeri untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menebus kembali maruah UMNO,keranaia merupakan tanggungjawab bersama.
“Selagi (UMNO) belum menjadi parti dominan dalam pilihan raya, saya akan terus bersama rakan-rakan untuk memperkukuhkan UMNO. Saya bukan mahu menongkat langit, tetapi apabila kita menjadi parti dominan, barulah ambil langkah seterusnya. Sekarang, setiapbahagian di seluruh negara dan setiap pemuda pemudi dari cawangan seluruh negara perlu terjemahkan visi dan tasawuf, ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.
— Livevartha