Monday , 23 December 2024
Home Politik Mula Fikir Formula Politik Munasabah Bagi Persediaan PRN Sabah
Politik

Mula Fikir Formula Politik Munasabah Bagi Persediaan PRN Sabah

Mula Fikir Formula Politik Munasabah Bagi Persediaan PRN Sabah

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Wanita UMNOmenggesa agar parti itumula memikirkan formula politik yang munasabah di Sabahsebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung selewat-lewatnyatahun hadapan.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata UMNO perlu jelas dengan model politik yang hendak dibawa dan menentukan rakan kerjasama bagi menghadapi PRN berkenaan.

“Mana mungkin kita menjadi kerajaan di Persekutuan, tetapi menjadi pembangkang di negeri. Sentimen perpaduan ini perlu sampai ke akar umbi,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada usul perwakilan dariSabah yang meminta pucuk pimpinan memberi perhatian serius kepadakerancuan model politik di Sabah ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan penggulungannya mengingatkan bahawa parti keramat orang Melayu itu perlu membuat pendekatan politik baharu padasaat mereka berada di titik paling rendah dalam sejarah.

“Kita ketika ini di lowest point, kita kena buat pendekatan politik baharu (supaya) ada generasi baharu yang membawa pengharapan baharu (kepada parti). Kalau hari ini kita sama sahaja, maka bila UMNO mati nanti kalau anak-anak kita salahkan kita, jangan kita menunding jari pada orang lain,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengulangi pendirian menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Pemuda UMNO di bawah pentadbirannya tidak sealiran dengan pimpinan parti.

“Siapa cakap kita tak sealiran? Pemuda UMNO hari ini membawa suara rakyat dan kita tak pernah takut bawa suara rakyat,” katanya.

Ketua Puteri UMNODatuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam ucapan penggulungannya pula menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan politik Puteri melaluiProject Next GenZ (PNG) yang menyasarkan golongan pengundi muda berusia 15 hingga 25 tahun.

“Puteri akan mempersiapkan mereka melalui gerak kerja dan inisiatif ROLE iaitu rekrut, orientasi, latihan, ekspresi. Tujuannya ialah kita berikan ruang latihan dan landasan untuk adik-adikbelajar dalam lapangan politik yang sebenar dan dalammasa sama, kita juga dapat belajar memahami lenggok dan trend generasi masa kini daripada mereka,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNObermula semalamhingga Sabtu inidi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur melibatkan sebanyak6,433 perwakilan dari seluruh negara.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...