Tuesday , 24 December 2024
Home Politik Muhyiddin seru PN berlapang dada selepas tewas di Mahkota
Politik

Muhyiddin seru PN berlapang dada selepas tewas di Mahkota

MUHYIDDIN YASSIN

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pemimpin-pemimpin partinya untuk berlapang dada selepas mengalami kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Muhyiddin yang juga merupakan bekas Perdana Menteri berkata, PN menghormati pilihan pengundi DUN Mahkota selaras dengan semangat demokrasi dan berterima kasih kepada pengundi yang mengundi calonnya, Mohamad Haizan Jaafar.

Kata beliau, dirinya percaya kekalahan calon PN dalam PRK tersebut tidak akan mematahkan semangat PN untuk terus berjuang.

“Kita mesti menerima isyarat pengundi DUN Mahkota dengan berlapang dada dan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prestasi parti.

“Insya-Allah, PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya akan bangkit semula dengan semangat yang lebih jitu untuk mencipta kemenangan di pentas demokrasi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam PRK, semalam.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menangi di semua ousat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Mohamad Haizan atau mesra dikenali sebagai Coach Haizan pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...