Friday , 20 September 2024
Home Politik MIC terbuka terima semula bekas ahli parti – Vigneswaran
Politik

MIC terbuka terima semula bekas ahli parti – Vigneswaran

MIC  terbuka terima semula bekas ahli parti – Vigneswaran

Kredit foto: Previnna Thuraisingam

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha) — MIC terbuka untuk menerima bekas ahli yang ingin kembali kepada parti itu,kata Presidennya Tan Sri SA Vigneswaran.

Beliau berkata perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.

Vigneswaran berkata CWC sedang mempertimbangkan rayuan yang dibuat beberapa bekas ahli parti.

"Seorang daripada mereka yang telah kita terima balik sebagai ahli ialahAwtar Singh(bekas Ketua MIC Puchong)yang telah membuat rayuan pada hari ini dan CWC telah memberi ruang kepada beliau untuk menghadiri sendiri mesyuarat majlis tertinggi dan rayuan beliau telah dipertimbangkan.

"Ini adalah keputusan Ahli Majlis Tertinggi dan kami (Presiden dan Timbalan Presiden) akur dengan keputusan tersebut," katanya pada sidang media selepas mengadakan Mesyuarat pertama CWC penggal 2024-2027 di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.

Mesyuarat juga membincangkan hala tuju parti ituserta usaha yang perlu dilakukanbagi menawan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Selain itu, Vigneswaran berkata persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC akan diadakan pada 1 Sept ini manakala Mesyuarat Agung partiakan diadakan pada 15 Sept di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Sementara itu, MIC turut mengenal pasti seramai 5,144 pengundi India yang akan mengundi padaPilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri Mahkota, Johor.

Oleh itu, Vignesawaran berkata jentera partinya akan turun padang untuk membantu memperoleh undi kepada calon kerajaan yang akan bertanding pada PRK berkenaan.

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...