Home Politik Mesyuarat MT UMNO Dengar Perkara Dibangkitkan Tiga Sayap – Mohamad Hasan
Politik

Mesyuarat MT UMNO Dengar Perkara Dibangkitkan Tiga Sayap – Mohamad Hasan

Mesyuarat MT UMNO Dengar Perkara Dibangkitkan Tiga Sayap – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap pada sidang media Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini mendengar laporan mengenai perkara yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bersidang hari ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia dilaporkan oleh wakil MT yang menghadiri persidangan ketiga-tiga sayap berkenaan.

“(Mesyuarat) inikhusus untuk wakil MT yang hadir padaketiga-tiga mesyuarat ini melaporkan apa yang telah dibahaskan perwakilanketiga-tiga sayap. Alhamdulillah, tahun ini nampaknya perbahasan dilakukan dengan baik …pelbagai perkara yang telah dibincangkan dan banyak usulyang telah dibawa oleh ketiga-tiga peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikiankepada pemberita selepas selesai mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onndi sini.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata antara isu yang diberikan tumpuan oleh ketiga-tiga sayap berkenaan ialah berkaitan peluang tenaga muda untuk bersama-sama mengurus parti, keberkesanan dasar pendidikan yang perlu dilihat semula selaras dengan perubahan teknologi serta agenda pemerkasaan wanita.

Mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota,Mohamad berkata perkara itu telah dipersetujui sebelum ini supaya pemilihan calon dibawa daripada bahagian untuk diangkat ke perhubungan negeri,seterusnya dibincangkan dengan kepimpinan tertinggi parti.

“Dengar khabarnya bahagian telah buat perbincangan dalaman dan mereka akan buatkan senarai pendek. Kita tidak mahusatu nama, biasanya kita minta sekurang-kurangnya tiga nama supaya dapat buat penilaian, kita akan buat saringan tertentu,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa calon yang bakal dipilih tidak semestinya daripada sayap wanita parti itu.

“Tidak ada ketentuan lagi (calon akan kekal wanita). Bukan kerana kerusi itu dulu (penyandangnya daripada) wanita kita mesti bagi kepada wanita. Ia akan dibincangkan dengan lebih mendalam,” katanya.

Kerusi DUN Mahkota kosong selepas penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK itu pada 28 Septmanakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.

— Livevartha

Related Articles

Politik

PH-UMNO akan terus bekerjasama dalam PRU akan datang

ANWAR Ibrahim (tengah) disambut dengan meriah ketika tiba di Pusat Konvensyen PICCA,...

Politik

Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu kekal jawatan

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNKUALA TERENGGANU:...

Politik

Kastam nafi Ketua Pengarah salah guna peruntukan bercuti ke Bangkok

ANIS RIZANA MOHD. ZAINUDIPUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan dakwaan Ketua...

Politik

Ketua Bersatu Bahagian Tenggara, ahli jawatankuasa keluar parti

HASSAN Rasid (duduk, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Tenggara...