Friday , 20 September 2024
Home Politik Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti
Politik

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Jeli Cawangan Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhamad (kiri), bersama sebahagian ahli Bersatu daripada lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu telah melaungkan \’Bye Bersatu\’ selepas mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli, hari ini.

JELI, 7 Ogos (Livevartha) –Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu BahagianJeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada kepimpinanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BekasTimbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah Rodzi Muhamad berkata keputusan itu, yang membabitkanlapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli,turut menyaksikan parti itudibubarkanhari ini.

Katanyakesemua pimpinan dan ahliBersatu cawangan itu juga meletakjawatan dan keputusan keluar parti dibuat secara sukarela tanpa paksaan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Beliau berkatatindakan untuk keluar parti disebabkankeyakinan terhadap Bersatu sudahterhakis dan parti tersebutdianggap bukan parti dominan orang Melayu yang boleh memperjuangkan nasib bangsa itu.

“Bersatu dilihat begitu lemah dalam percaturan politik, dan ini jelas terlihat dalam pemilihan calon Pilihan Raya Kecil Nenggiri,” katanya padasidang media di sini, hari ini.

Rodzi berkata padamasa ini, beliau bersama pimpinan danbekasahli Bersatu itutidak menyokong mana-mana parti dan memilih untuk bergerak bebas.

“….kami melihat Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar lebih berkarisma dan kami yakin PMX (Anwar)boleh memacu negara ke tahap lebih baik demi kesejahteraandan kebajikan rakyat Jeli,” katanya.

–Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...