Home Politik Kemenangan bukti keyakinan rakyat kepada kerajaan Johor
Politik

Kemenangan bukti keyakinan rakyat kepada kerajaan Johor

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (empat dari kanan) selepas diumumkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malam tadi.

KLUANG: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam adalah manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan kerajaan Johor.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kejayaan itu juga menunjukkan pengundi percaya dengan kebolehan Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Dengan mandat besar yang diterima ia memperkuatkan lagi tekad BN untuk terus membawa politik kesederhanaan bersama-sama rakan dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga kemenangan ini sempena dengan sambutan 50 Tahun BN akan menyuntik semangat membangunkan kembali seluruh potensi untuk bergerak ke hadapan membina kecemerlangan BN yang mendapat keyakinan dan sokongan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menang kerusi DUN Mahkota memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Zambry berkata, kemenangan itu merupakan satu amanah rakyat yang memberikan keyakinan kepada BN untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda membangunkan negara dan mensejahterakan kehidupan rakyatnya.

Bagi pihak Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Dewan Tertinggi, beliau berkata, BN merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi DUN Mahkota atas sokongan yang diberikan.

“Setinggi penghargaan juga untuk semua jentera parti BN yang berkampung sepanjang tempoh kempen dengan satu tekad memenangkan calon parti.

“Tidak ketinggalan kerjasama yang dihulurkan oleh rakan rakan parti daripada Pakatan Harapan memberikan sumbangan terhadap kemenangan yang cukup bermakna ini,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Lebih 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan- KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPUTRAJAYA: Sebanyak 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan oleh Kementerian Dalam Negeri...

Politik

RUU Mufti: Jangan timbulkan keraguan akibat tafsiran salah – Mohd. Na’im

MOHD. NA\’IM MOKHTARPUTRAJAYA: Dakwaan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan...

Politik

GISBH: Ahli Parlimen boleh bahas sidang Dewan Rakyat minggu depan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan...

Politik

‘Jangan jadi orang Peja atau Hamzah’

FAIZAL AZUMUKUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk...