Friday , 20 September 2024
Home Politik Kemenangan BN Di Nenggiri Bukan Sahaja Amanah Tetapi Tanggungjawab Besar – Ahmad Zahid
Politik

Kemenangan BN Di Nenggiri Bukan Sahaja Amanah Tetapi Tanggungjawab Besar – Ahmad Zahid

Kemenangan BN Di Nenggiri Bukan Sahaja Amanah Tetapi Tanggungjawab Besar – Ahmad Zahid

fb Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Livevartha) — Kejayaan Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah kepercayaan diberikan pengundi yang bukan sahaja satu amanahtetapi juga tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.

“Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BNakan tetap diteruskan.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan. Terima kasih Nenggiri,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.

Calon BNMohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, menang pada PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.

Beliau memperoleh 9,091undi dan menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739undi.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasihkepada Pengarah Pilihan Raya DUN NenggiriTan Sri Tengku Razaleigh Hamzah danDatuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub selaku pengarah operasi serta seluruh jentera BN dansemua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang bertungkus lumus membantu bagi memastikan kemenangan Mohd Azmawi Fikri.

“Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya sampaikan kepada seluruh pengundi di N.43 DUN Nenggiri yang telah memberikan kepercayaan semula buat Barisan Nasional untuk kembali berkhidmat kepada rakyat di sini,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...