Saturday , 28 December 2024
Home Politik Kemenangan BN Di Nenggiri Bolehkan Suara Pembangkang Lebih Didengari
Politik

Kemenangan BN Di Nenggiri Bolehkan Suara Pembangkang Lebih Didengari

Kemenangan BN Di Nenggiri Bolehkan Suara Pembangkang Lebih Didengari

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Putra, Bandar Putera semalam.

KULAI, 4 Ogos (Livevartha) — Barisan Nasional (BN) perlu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk membolehkan suara pembangkang lebih didengari di Persidangan DUN Kelantan, kataSetiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata kemenangan itu akan menambah jumlah pembangkang di Persidangan DUN Kelantan sekali gus menjadikan mekanisme semak dan imbang di negeri berkenaan lebih efektif.

“Paling pentingkita mahu menghantar wakil pembangkang seorang lagi yang boleh menjadi semak dan imbang kerana apa juga keputusan di DUN Nenggiri tidak menjejaskan kerajaan di Kelantan.

“Jadi apa salahnya diberikan seorang lagi wakil yang boleh membawa suara hati rakyatterutama dari Gua Musang yang kita tahu banyak isu membabitkan tanah … jadi perlu untuk suara semak dan imbang ini dan itu antara mesej kita nak sampaikan kepada pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai ketiadaan DAP pada kempen di DUN Nenggiri Asyraf Wajdi menjelaskan ia disebabkan parti berkenaan tidak mempunyai cawangan di DUN berkenaan,namun DAP akan tetap membantuBN dalam bentuk yang lain.

“Kempen itu tidak semestinya dalam bentuk mereka perlu berada secara fizikal di sana. Sepertimana yang disebutkan Setiausaha Agung (DAP) Anthony Loke kepada sayamereka akan turut membantu,” katanya.

PRK Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak diadakanselepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos kerana keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...