Monday , 23 December 2024
Home Politik Kejayaan Kementerian, Kerajaan Negeri Diterajui UMNO Jadi \’Pembuka Tirai\’ Perhimpunan Agung UMNO 2024
Politik

Kejayaan Kementerian, Kerajaan Negeri Diterajui UMNO Jadi \’Pembuka Tirai\’ Perhimpunan Agung UMNO 2024

Kejayaan Kementerian, Kerajaan Negeri Diterajui UMNO Jadi \’Pembuka Tirai\’ Perhimpunan Agung UMNO 2024

Antara pemimpin yang membuat perkongsian pada Program PENTalk sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — Pencapaian kementerian dan negeriyang diterajui pemimpin UMNO dibentangkankepada Ketua Penerangan UMNO bahagian sebagai‘pembuka tirai’ Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Program PENTalk anjuran Penerangan UMNOmenjadi platform kepada pimpinan parti itu berkongsi kejayaan dan memberi pencerahan kepada ahli dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PENTalkyang dihadiri kira-kira 700 ahli UMNOmenjadi medan kepada menteri, ketua menteri dan menteri besar daripada UMNO untuk berkongsi pencapaian masing-masing dalam menerajui kementerian dan negeri.

Program itu turut dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi danantara pemimpinyang membuat perkongsian itu ialah Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perladangan dan Komoditi yang merupakan Naib Presiden UMNODatuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pendidikan TinggiDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selain itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi merangkap Ketua Penerangan UMNODatuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Penerangan UMNO KelantanDatuk Zawawi Othman turut berkongsi mengenai kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu dalam slot ‘NenggiriKita’.

Terdahulu pada sebelah pagi,terdapat tujuh slot perkongsian daripada pemimpin UMNO antaranya menyentuh topik media sosial, komunikasi dan kecerdasan buatan (AI) termasuk memulihkan sokongan anak muda terhadap parti.

Ahmad Zahid akan menyampaikanTaklimat Presidendisusuliperasmian persidangan sayap-sayap UMNO oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan pada sebelah malam.

Perhimpunan Agung UMNO berlangsung bermula hari ini hingga24 Ogosdi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur melibatkan seramai 6,433 perwakilan dari seluruh negara.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...