Friday , 20 September 2024
Home Politik Keahlian Tajuddin diputuskan Majlis Tertinggi UMNO
Politik

Keahlian Tajuddin diputuskan Majlis Tertinggi UMNO

Keahlian Tajuddin diputuskan Majlis Tertinggi UMNO

GAMBAR yang tular memaparkan Ahmad Zahid Hamidi dan Tajuddin Abdul Rahman berpelukan ketika ketika bertemu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada tindakan menggantung keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diteruskan akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian bagi mengulas gambar yang viral petang semalam antara dia dan Tajuddin saling berpelukan ketika ketika bertemu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

“Saya akan bawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Majlis Tertinggi (MT) untuk keputusan,” katanya ringkas selepas Lawatan Ekplorasi TVET di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal kerana kritikan terbuka terhadap parti itu.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat MT UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.

Selain itu, Tajuddin turut menyifatkan Presiden UMNO sebagai ‘liabiliti’ untuk parti itu dan menggesanya meletak jawatan.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2023, beliau dilaporkan sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan tidak berhasrat untuk merayu lagi.

Semalam, Tajuddin dilapor hadir Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) dan dengan nada sebak, beliau menjelaskan sangat rindu untuk menghadiri PAU walaupun digantung UMNO selama enam tahun.

Malah katanya, semangatnya tidak pernah luntur dan terus akan berjuang dengan parti keramat orang Melayu itu. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...