Monday , 23 December 2024
Home Politik Jadikan bidang TVET pilihan arus perdana
Politik

Jadikan bidang TVET pilihan arus perdana

Jadikan bidang TVET pilihan arus perdana

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan Ucapan Dasar Presiden semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: UMNO mahu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dijadikan sebagai pilihan arus perdana kepada generasi muda.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bagi membuka ruang lebih luas kepada anak-anak muda menyertai sektor ekonomi dan perindustrian negara.

Malah kata beliau, ketika ini beberapa kejayaan telah dapat dibuktikan menerusi hasil ­usaha dalam memartabatkan bidang TVET.

“Contohnya Norazian Mohd. Sobri, lepasan Madrasah Nahdhah Hasanah, Kedah Darul Aman kini bergelar jurutera penerbangan bersama Thales Singapura.

“Di samping itu, seramai 622 orang lagi menjadi jurutera penerbangan setelah mendapat latihan di UniKL-MIAT. Selain itu, seramai 1,225 anak muda kita mengikuti kursus kemahiran hingga ke China,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden semasa me­rasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini semalam.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid turut mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melengkapkan ekosistem pendidikannya dengan membuka sekolah-sekolah rendah.

“Ini bagi memastikan agenda membangunkan generasi masa depan dapat digarap dengan silibus pembangunan modal insan yang mantap.

“Kita juga akan mengangkat syor kepada kerajaan agar semua sekolah rendah agama bantuan kerajaan, sekolah menengah agama bantuan kerajaan dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) melaksanakan program Ulul Albab sepenuhnya.

“Ini bagi memastikan wujudnya kesinambungan pendidikan al-Quran yang telah kita mulakan di peringkat tabika,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...