Home Politik Ibu muda dukung bayi ke pusat pengundian
Politik

Ibu muda dukung bayi ke pusat pengundian

SYED HUSSIEN Syed Abdullah berbual dengan Nur Syafiqah Azani yang mendukung bayinya, Nur Syafaa Atiya Mohd. Riyadh Irfan yang berumur sebulan ketika mengundi di SMK Seri Perdana, Kluang.

KLUANG: Demi menunaikan tanggungjawabnya, seorang ibu muda yang masih dalam tempoh berpantang tidak mahu ketinggalan mengundi memilih wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Kehadiran Nur Syafiqah Azani, 19, sambil mendukung bayinya mencuri tumpuan orang ramai termasuk calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini.

Dia yang melahirkan anak sulungnya, Nur Syafaa Atiya Mohd. Riyadh Irfan sebulan lalu tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

“Saya tinggal di Tampoi, Johor Bahru, pulang ke sini seawal pukul 4 pagi bersama suami yang bekerja sebagai pengurus kedai alat perkakasan.

“Ini adalah kali pertama saya mengundi. Jadi, saya tak mahu ketinggalan untuk sama-sama datang mengundi.

“Sebenarnya saya asal Sarawak, pindah ke Taman Murni, di sini pada tahun 2016 kerana emak bekerja di Hospital Kluang. Saya semak pendaftar pemilih tahun lepas dan layak mengundi pada PRK DUN Mahkota hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari.

Usai mengundi dia akan terus pulang ke Johor Bahru kerana suaminya bekerja pada syif petang. – UTUSAN

Related Articles

Politik

‘Jangan jadi orang Peja atau Hamzah’

FAIZAL AZUMUKUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk...

Politik

PH jangan usik BN, BN jangan usik PH – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR Shamsudin (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (kanan).KUANTAN: Bukan sahaja UMNO...

Politik

STAR tolak propaganda lemahkan perpaduan dalam GRS

JEFFREY Kitingan menandatangai plak perasmian Pejabat STAR Bahagian Moyog di Penampang, hari...

Politik

Ujian sebenar kerjasama PH-BN ialah pembebasan Najib dari penjara 

MOHD. PUAD ZARKASHIPETALING JAYA: Pemimpin tertinggi UMNO menegaskan ujian sebenar kerjasama antara...