Friday , 20 September 2024
Home Politik Hari Kebangsaan 2024 tempat baharu rakyat berpaut – PM
Politik

Hari Kebangsaan 2024 tempat baharu rakyat berpaut – PM

Hari Kebangsaan 2024 tempat baharu rakyat berpaut – PM

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan kanak-kanak tabika pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di PICC di Putrajaya. – FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sambutan Hari Kebangsaan 2024 sebagai tempat baharu untuk semua rakyat berpaut antara satu sama lain.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya negara ini adalah sebuah negara hebat kerana rakyatnya dan berpotensi untuk menjadi lebih hebat kalau masing-masing boleh berpakat untuk mengangkat darjat negara tanpa meminggirkan sesiapa.

“Apa kurangnya di negara kita, kesedaran, pencerahan, keupaayan menarik pelaburan, meningkatkan pendidikan untuk yang paling kaya kepada yang paling miskin, jangan pinggirkan sesiapa.

“Semangat perpaduan sangat penting dan tidak boleh diremehkan, (ada yang) mahu popular, pejuang tapi meremehkan, menghina agama dan negeri kita.

“Saya nak guna kesempatan untuk memberi amaran bahawa negara ini di tapak landasan sangat baik dan mampu diangkat cemerlang,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan, andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang membawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian permusuhan satu sama lain, beliau tidak peduli terhadap media antarabangsa.

Ini kerana, katanya, adalah tugas semua untuk menyelamatkan negara Malaysia tercinta ini dan akan menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada.

“Kalau tidak cukup, kita pinda undang-undang dan ambil tindakan supaya dapat diangkat negara hebat di rantau ini. Saya bimbang kalau dianggap ringan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...