Monday , 25 November 2024
Home Politik Hampir 1,400 pegawai, anggota polis jaga 20 pusat mengundi
Politik

Hampir 1,400 pegawai, anggota polis jaga 20 pusat mengundi

KLUANG:;Seramai 1,399 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan 20 pusat mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang berlangsung esok. 

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata, pegawai dan anggota terlibat yang akan ditempatkan di lokasi strategik yang sering berlaku kesesakan dan berpotensi menjejaskan keselamatan awam. 

“Setiap satu saluran akan ditempatkan seorang anggota bertugas, manakala dalam jarak 50 meter dari pusat mengundi 10 anggota ditugaskan memantau situasi selain anggota polis traffik serta Op Cantas. 

“Di samping itu, saya juga memberi jaminan bahawa sekiranya berlaku banjir kilat dan menyebabkan mana-mana kawasan mengundi terjejas, bantuan segera akan disalurkan oleh pasukan khas yang telah disediakan,”katanya selepas memberikan amanat kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas dalam PRK DUN Mahkota di Dewan Sekolah Menengah Sains Sembrong, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Kumar berkata, sepanjang tempoh berkempen dalam PRK itu, pihaknya telah menerima enam laporan dan membuka empat kertas siasatan. 

Kertas siasatan itu di bawah Seksyen 4A Akta Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, iaitu mengeluarkan penyataan bersifat jahat. 

“Turut dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 504 KK di bawah akta sama, iaitu mengeluarkan penyataan fitnah. 

“Semua kes masih dalam siasatan dan masih belum ada tangkapan dilakukan,” katanya.  – UTUSAN

 

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...