Friday , 20 September 2024
Home Politik GRS Nafi PBS, STAR Bertanding Solo PRN Sabah Akan Datang
Politik

GRS Nafi PBS, STAR Bertanding Solo PRN Sabah Akan Datang

GRS Nafi PBS, STAR Bertanding Solo PRN Sabah Akan Datang

KOTA KINABALU, 2 Ogos (Livevartha) –Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan dakwaandua parti gabungannya,Parti Bersatu Sabah (PBS) danParti Solidariti Tanah Airku (STAR)merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkatakedua-dua parti komponen itu kekal komited kepada GRS dan bekerjasama sebagai sebuah gabungan untuk menghadapi PRN berkenaan.

“Ini adalah tindakan terdesak dilakukanpihak tidak bertanggungjawab untukmemecahbelahkan GRS keranapeningkatan sokongan kepada parti-parti tempatan untuk terus menerajui kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak terbabittelah menyunting tajuk berita dalam percubaan menggarap naratif palsu.

Selain PBS dan STAR, GRS turut dianggotaiParti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah,Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu,Parti Liberal Demokratik,Parti Harapan Rakyat Sabah danParti Cinta Sabah.

Joniston yangjuga Ketua Penerangan PBSmenyifatkan dakwaan itu sebagai langkah strategik parti lawan dengan motif tersembunyi untuk menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti komponen GRS.

Beliau turut menyeru penyokong dan orang ramai supaya tidak mengendahkan maklumat palsu itu serta terus menyokong GRS kerana gabungan itu berusaha untuk menjaga kepentingan dan aspirasi rakyat Sabah.

Menurut Joniston, Ketua Menteri SabahDatuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS sentiasa mengadakanpertemuan dengan pemimpin parti-partikomponen, sekali gus menjadi bukti hubungan mesra antara mereka.

“Menjadi perkara biasa apabila parti menyuarakan minat untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi, tetapipada akhirnya ia perlu dibincang dan diputuskan apabila tiba masanya,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...