Friday , 20 September 2024
Home Politik Fokus perkuat UMNO, usah fikir cadangan kembalikan sistem lama pemilihan – Ahmad Zahid
Politik

Fokus perkuat UMNO, usah fikir cadangan kembalikan sistem lama pemilihan – Ahmad Zahid

Fokus perkuat UMNO, usah fikir cadangan kembalikan sistem lama pemilihan – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenangan bersama perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

MERSING, 27 Julai (Livevartha) –Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua ahli memfokus kepada usahamemperkuatparti berbanding terlalu memikirkan cadangan untukmengembalikan sistem lama dalam pemilihan akan datang.

Beliau berkata bagimeminda sistem atau peraturan sedia ada yangmemberi peluang ahli parti di seluruh negara memilih kepimpinan tertinggi, perkara tersebut perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas.

"Pemilihan UMNO akan dibuat pada2026 dan ada tempoh dua tahun lagi tetapi perkara ini perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas kerana melibatkan pindaan perlembagaan, kalau sekadar peraturan ia akan dibawa dalam Majlis Tertinggi (MT).

"Namun janganlah kita terlalu fikirkan soal pemilihan parti. Saya berharap semua kepimpinan di peringkat nasional hingga cawangantumpukanlah kepada kerja-kerja memperkuat parti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir Ahli MT UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Mersing Mohd Youzaimi Yusof.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional,berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal mengenai cadangan agar UMNO kembali kepada sistem lama yang memberi hak mengundi kepada 2,500 perwakilan pada pemilihan parti melibatkan jawatan tertinggi di peringkat pusat.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga meminta ahli parti agar menghormati pandangan Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah bahawa DAP tidak perlu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, yang berlangsung 17 Ogos ini.

Beliau juga berkata hasrat Johor melancarkan sekolah rintis mulai 2025bagimencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor adalah inisiatif yang baik dan harus mendapat sokongan kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berhasrat melaksanakan inisiatif itu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.

Beliau berkata sekolah itu akan menumpukan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan,Matematik serta Bahasa Inggeris dan sebagai permulaan, projek tersebutmelibatkan dua sekolah rendah serta dua sekolah menengah.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...